Disebabkan new sem kan, so semuanya nak yang baru je.Lihat yang cantik-cantik,semuanya nak sapu.Sapu-sapu jugak,duit pun kene sapu sekali kan.Haha.
Tips-tips yang ak bagi ni search google je ke.
1. Amalkan Peraturan 10 Peratus
Secara amnya, Peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang
yang anda miliki setiap bulan. Contohnya, jika anda mempunyai RM500 setiap
bulan, simpanlah RM50. Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa
atau elaun daripada ibubapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan
sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah yang diperolehi. Wang ini boleh
dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa depan. Amalan ini juga akan
mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam menyimpan
wang pada masa akan datang.
2. Wujudkan
Dana Kecemasan
Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan dengan kejadian yang tidak
dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda
boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau komputer mungkin
rosak dan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yang lain. Sekiranya anda
tidak mempunyai dana kecemasan, anda pasti akan berdepan dengan pelbagai
masalah. Namun, dengan adanya dana kecemasan, anda tidak perlu runsing dan
berhutang dengan orang lain kerana anda mempunyai wang simpanan sendiri. Tetapi
ingat: Dana kecemasan harus digunakan untuk KECEMASAN SAHAJA!
3. Buat
perbandingan harga semasa membeli-belah (Kaum wanita perlu yang ini)
Dengan membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu
menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar
kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang.
Sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati, anda tidak akan
terdorong oleh nafsu ketika membeli, malah akan sentiasa berusaha mendapatkan
nilai yang terbaik untuk wang anda!
No comments:
Post a Comment